Terdapat seorang suami asyik mengadu terhadap isterinya [ letihlah... saya sangat letih tau....letih....!]
Dia berharap isterinya boleh tolong dia meringankan bebannya iaitu keluar bekerja juga dan bukan saja jadi suri rumah.Dia berfikir bahawa suri rumah tiada kerja nak buat, duduk kat rumah goyang kaki sahaja.
Sebabkan masalah ini, mereka suami isteri itu asyik bergaduh-gaduh. Jadi, suaminya pun pergi tanya doktor psychology.Dia ingin cari cara penyelesaiannya.
Doktor Psychology - [A]
Suami- [B]
[A]: Kamu bekerja di mana?
[B]: Di sebuah bank.
[A]: Isteri kau?
[B]: Dia tidak bekerja, jadi suri rumah.
[A]: Siapa yang akan menyediakan sarapan tiap-tiap pagi?
[B]: Isteriku, sebab dia tidak bekerja.
[A]: Pukul berapa dia bangun dari tidur?
[B]: Dia perlu bangun pada pukul 6 pagi kerana perlu membuat kerja rumah sebelum menyediakan sarapan.
[A]: Siapa yang bawa anak ke sekolah?
[B]: Isteriku, sebab dia tidak bekerja.
[A]: Apa yang dia akan buat selepas bawa anak ke sekolah?
[B]: Pergi pasar pagi membeli sayur untuk memasak bagi ahli keluarga.Lepas itu, dia akan balik rumah basuh baju dan masak, sebab dia tidak bekerja.
[A]: Apa yang awak akan buat lepas balik dari kerja?
[B]: Rehat, sebab saya sangat letih.
[A]: Apa yang isteri kau akan buat?
[B]: Menyediakan makan malam. jaga anak-anak, cuci pinggan mangkuk lepas tu tidur.
Kisah ini memperlihatkan betapa susah payah seorang Ibu. Ibulah yang bekerja dari pagi hingga sebelum tidur malam.
Suri rumah tidak memerlukan sijil, tetapi memainka peranan penting di rumah.
Jadi, menghormatilah ibu anda dan isteri anda.
Jangan mengadu-gadu.
Setiap ibu dan isteri telah menyalurkan banyak-banyak tenaga dalam menjaga ahli keluarga.
Demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga, sayanglah sesama lain
Selamat Hari Ibu.
Selamat Hari Ibu.
Saturday, May 11, 2013 | Labels: Story Sharing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

_%E5%89%AF%E6%9C%AC.jpg)





0 comments:
Post a Comment