Pembentangan Power Point Minggu 2

Tajuk 3: Ilmu Pertolongan Cemas

Kumpulan ini membentangkan ilmu pertolongan cemas yang kami boleh gunakan dalam kehidupan seharian.Kami mengetahui apa ubat yang sesuai makan atau yang tidak sesuai makan.Mereka juga menghasilkan video yang mengajar untuk buat CPR dan menyelamatkan mangsa tercekik dan juga cara mencuci tangan yang betul.
                                                    


Tajuk 4: Nostalgia Zaman Kanak-kanak

Tajuk ini dibentangkan oleh kumpulan saya iaitu dari kumpulan 5. Kami memilih tajuk ini kerana teringat masa zaman kecil. Kenangan manis waktu kecil memang tidak akan dilupakan dan sentiasa diingati.Permainan, makanan dan juga kartun zaman waktu tersebut menemani kami sehingga dewasa. Harap-harap tajuk yang kami membentangkan ini dapat menarik perhatian rakan-rakan sekelas untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan manis.
                                               

Tajuk 5: Gubahan

Kumpulan ini menyampaikan ilmu gubahan melalui pembentangan.Terdapat gubahan bunga, gubahan muzik dan gubahan buah-buahan. Video yang mereka hasilkan telah membuat rakaman daripada gubahan daripada orang luar UKM untuk mengubah buah-buahan menjadi bentuk bunga. Kami tertarik dengan cara gubahannya kerana serupa dengan bunga sebenar.

                                                         

Tajuk 6: Parodi

Parodi amat popular kebelakangan ini daripada pelbagai lagu k-pop dan juga kisah sebenar.Mereka telah menyampaikan kebaikan dan keburukan parodi. Contoh parodi adalah daripada "Gangnam Style","Listen,listen,listen", dan lain-lain. Video yang mereka rakamkan agak menarik iaitu parodi daripada lagu melayu.Aksi mereka menghiburkan rakan-rakan sekelas.

                                                     
Tajuk 7: Aplikasi Smart Phone

Kumpulan ini membentangkan tiga jenis aplikasi smart phone yang boleh download dari "play store" iaitu whats app, instagram dan we chat. Aplikasi smart phone memudahkan kami untuk mengkomuniksi sesama lain.
                                                               

Tajuk 8: Coklat

Coklat, makanan kegemaran remaja. Mereka telah merakamkan video cara membuat coklat dengan step-by-step.Rupanya-rupanya, tidak susah untuk buat coklat. Saya akan try buat coklat suatu hari nanti.

                                                  

Tajuk 9: Pakaian Tradisional

Kumpulan ini membentangkan tentang pakaian tradisional kaum Melayu, Cina dan India. Jenis pakaian adalah berbeza mengikut kaum.Dan juga waktu memakainya,contohnya,pakaian tradisional kaum cina hanya akan dipakai pada perayaan seperti Tahun Baru Cina.
                                                             






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment