Semasa pembelajaran Matrik

Bila belajar di matrik, teringin nak cepat habis pengajian.
Tetapi sekarang bila berada di universiti, terindu pula waktu-waktu berada di Matrik.
Saya memang telah banyak belajar dan mendapat pengalaman-pengalaman baru semasa itu.
Dulu di sekolah menengah, saya tidak mempunyai kawan-kawan kaum melayu
kerana sekolah itu kebanyakannya kaum cina.
Jadi, bila belajar di matrik, saya mengenali kawan-kawan baru daripada kaum Melayu.
Walaupun pada awalnya tidak biasa, tetapi lama-kelamaan saya boleh menyesuaikan diri saya.


Saya mempunyai 3 roommate yang comel.
Mereka sentiasa gossip gossip cerita di KMP.
Kami asyik bergurau bersama-sama dan belajar bersama-sama.
Memang rindu masa bersama mereka.

Kawan-kawan sekelas.
Mereka selalu membantu saya bila saya ada apa-apa yang tidak faham.
*A4T2* 

Kawan-kawan baik.
Kami asyik pergi perpustakaan bersama-sama pada waktu malam.
Dan juga makan bersama-sama setiap waktu makan.
Persembahan-persembahan.
Saya telah menyertai beberapa persembahan waktu tersebut.
Amat menghargai masa mempersembahkan sesuatu di atas pentas.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment