Apabila ditanya hasrat saya dalam kuliah akaun, terfikir-fikir pula waktu memilih kursus sebelum masuk universiti
.Ketika itu, saya berhasrat untuk jadi akauntan pada masa akan datang.
Jadi, pilihan pertama saya ialah kursus akaun di UM.
Pilihan kedua juga kursus akaun di UPM.Yang lain pula pilihan ketiga kursus ekonomi di UKM kerana tidak ada pilihan akaun.
Teringin untuk memenuhkan pilihan daripada empat "research U", j
adi walaupun ekonomi bukan yang saya minat tetap saya pilihnya.Amat kecewa bila tau dapat pilihan ke-3 yang tidak diingini.
Setelah masuk UKM, memang pada awalnya teringin
nak ambil kursus akaun pada tahun kedua.
Tetapi bila dapat tau bahawa kalau ambil kursus akaun
kena lanjutkan tahun pengajian, saya terus membuat keputusan tidak ambil kursus akaun walau itu adalah hasratku pada awalnya.
Menjelang peperiksaan, saya asyik tidak ada "mood "untuk mengulang kaji.
Memang susah untuk belajar sesuatu yang tidak diminati.
Keputusan peperiksaan mid-sem teruk sampai teringin nak berputus-asa.
Bila ingat kata-kata ibu untuk belajar baik-baik,
maka berusaha lagi untuk peperiksaan seterusnya.
Akhirnya, dapat keputusan peperiksaan akhir yang memuaskan walaupun hanya sederhana.
Saya dapati bahawa walaupun belajar sesuatu yang tidak diminati , tetapi jika saya berusaha untuk mendalaminya, saya tidak akan menyesal.
Saya percaya suatu hari nanti akan semakin minat akan kursus ekonomi.
Read Users' Comments (0)









